Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Seleweng RM92.5 bilion, SPRM serbu 8 agensi kerajaan, 9 syarikat dibawah kendali Tan Sri Muhyiddin

Seleweng RM92.5 bilion, SPRM serbu 8 agensi kerajaan, 9 syarikat dibawah kendali Tan Sri Muhyiddin 

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat hari ini berhubung siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), lapan agensi kerajaan itu menerima peruntukan besar dari pakej rangsangan yang diluluskan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber itu berkata, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat bagi mendapatkan dokumen tertentu di mana sembilan syarikat itu dipercayai pembekal utama lapan agensi terbabit.

Menurut sumber itu, masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut, dan menambah siasatan masih di peringkat pertama.

"SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan,´kata sumber berkenaan.

SPRM sebelum ini dilaporkan memulakan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan RM92.5 juta yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan ketika pandemik Covid-19 ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

SPRM dalam kenyataan sebelum ini berkata Kementerian Kewangan sudah memberikan perincian dana berkenaan di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

SPRM berkata sebanyak RM530 bilion diperuntukkan dan daripada jumlah itu RM92.5 bilion adalah membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan dana kerajaan.

SPRM juga dilaporkan akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan itu.

Harian Metro 

Post a Comment for "Seleweng RM92.5 bilion, SPRM serbu 8 agensi kerajaan, 9 syarikat dibawah kendali Tan Sri Muhyiddin"